Friday 3 October 2014

4 kalimah yang disukai Allah

Assalamualaikum...Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyanyang...  Zikir adalah perkara yang sangat senang untuk kita amalkan. Kita boleh mengamalkannya pada bila bila masa dan dimana sahaja kita berada... Berzikirlah dalam hati setiap kali berada di jalan raya yang sedang jem..moga kita tak terasa stress...

Ucapkanlah subhanallah setiap kali melihat sesuatu yang yang mengembirakan hati atau menyedihkanbhati anda Kerana subhanallah merupakan maha suci Allah.

Apabila bangun pagi, ucapan pertama kata..Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana hari ini kita masih lagi di beri peluang  untuk bernafas dibumi tuhan.. Bersyukur juga kerana semua orang yang kita sayangi masih lagi bersama kita. Tak perlu dapat hadiah baru bersyukur tau lepas makan baru ucapkan Alhamdulillah.

Laa ilaaha illallah, tiada tuhan selain Allah...yang menjadikannkehidupankita setiap hari penuh dengan keindahan dan ujian.. Keindahan hidup mengajar kita erti bersyukur dan ujian hidup pula mendekatkan lagi kita dengan pencipta.

Allahu akbar, kalimah yang paling banyak kita ucapkandala kehidupan seharian.. Allah maha besar..jangan pula kita sebut OMG.. Itu x ada pahala. Sebutlah dengan betul...Allah maha besar.

Dalam kehidupan kita seharian, kalimah kalimah subhanallah, alhamdulillah dan Allahuakbar merupakan perkataan wajib kita tuturkan..kerana sangat banyak pahalanya.

Muslimah Anggun
RM 69.00
01123118546 mila

No comments:

Post a Comment