Assalamualaikum... Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyanyang.. Pagi ni mila rasa rindu sangat pada Family kat kelantan.... esok raya, mila tak balik kampung. Hubby tak ada cuti dan milapun tak minta cuti dengan PkNs. Mesti sedih..semua orang balik beraya kat kampung..tapi kami di sini.
Mila tak tau nak cakap apa. Kisah seorang kawan mila 3 tahun tak balik kampung jumpa dengan family..bukannjauhpun dia orang ipoh... Shah Alam ipoh cuma 3 jam je... Suatu hari dia datang peluk mila..menangis tak henti henti. Kesal kerana dah 3 tahun tak jumpa emaknya dan akhirnya maknya meninggal di mekah... Masya allah... Teperanjatvmila dibuatnya. Mila jika 3 ulan tak jumpa mak dan ayah kat kg dah rasa lain inikan pula 3 tahun.. Tak rindukah dia nak tengok wajah tua ibunya.. Pasti ibunya sangat rindu kat diakan..
Mila nak peluk dia, tapi tangan terhenti bila dia cakap dah 3 tahun tak jumpa mak bapak kat ipoh..mila kesal dengan sikapnya.mengejar harta dunia sampai terlupa tanggungjawab sebagai seorang anak... Bukan wang ringgit yang mereka perlukan.Tapi keprihatinan kita terhadap diri mereka yang semakin tua. Kelu lidah mila,..rasa sedih bertukar jadi geram.. "Ya Allah, engkau jauhkanlah mila dari sifat tamak, dan tanamkanlah rasa kasih dan sayang mila kepada orang tua..moga mila dapat membahagiakan mereka selagi hayat mereka madih ada.amin
No comments:
Post a Comment