Malam semakin larut jam dah menunjutkan pukul 1.00 pagi, mata masih segar, fikiran buntu..terlalu banyak perkara yang aku fikirkan untuk satu kehidupan.. aku cuba membawa fikiranku untuk memikirkan nasib beberapa orang kawanku yang masih lagi tidak bertemu jodoh. Menhadapi hari hari sunyi keseorangan tanpa teman disisi... tak bosankah hidup mereka?.. umur semaking meningkat, belum ada pasangan hidup. Tidak risaukah mereka tentang masa hadapan dan hari tua?
Jika di fikirkan aku lebih beruntung daripada mereka.. aku ada suami dan anak.. tapi aku tak bahagia?.. puas aku cuba mencari dan menciptaanya tapi aku tak berupaya.. bahagia yang aku cari dan aku kejar entah kemana... kesibukan kerja dalam mencari rezeki menyebabkan aku hidup dalam stress...12jam sehari merupakan tempoh kerja yang lama.. aku telah kehilangan banyak masa untuk bersama keluarga.. aku sedih.. aku penat... Aku bersyukur Allah memberikan aku rezeki yang lebih, Alhamdulillah tapi aku tak mampu bila aku dibebani dengan pelbagai tanggungjawab yang sepatutnya digalas oleh orang lelaki. Making hari aku jadi making lemah... making benci pada kehidupan yang aku jalani setiap hari...
Ya allah padaMu aku meminta padaMu jua aku bermohon... lepaskanlah aku dari tanggungjawab ini. aku tak mahu jadi superwomen.. aku cuma ingin jadi oran biasaseorang ibu yang ada masa untuk anaknya mendidik dan mendengar segala keluah resah si kecilku.. Ya Allah aku tak mahu, masaku bersamanya dicuri.. kerana aku tau apa yang berlaku hari ini tak akan berulang lagi pada esok hari..sewaktu dia mula bertatih aku sibuk dengan kerjayaku, tanpa akau sedar bila masanya dia mula pandai berlari.. berceloteh dan bercerita apa yang dia suka... aku kehilangan banyak waktu bersamanya.
Ya Rabb... aku tak pernah kesal dengan perjalanan hidupku yang telah kulukiskan , cuma aku mohon padaMu biarlah lukisan hidupku ini mampu kuwarnakan dengan warna -warni ceria moga damai mata yang memandang dan tersenyum indah wajah pameran.. Biar luka ini kubalut, tanpa ada yang menyedari.. biar derita ini ku kunyah sendiri.. penat nya sahaja tak mampu aku selindungi... melukis dengan pena tak sesusah mewarnainya dengan pelbagai warna.. agar watak yang ku lakarkan ini kelihatan hidup...
Ya Rahman ,Ya Rahim.. Engkaulah yang maha pengasih dan maha penyanyang... Kau salutilah lukaku ini dengan kasih sayang, moga penat yang ada tak terasa.. Hidupkanlah watak lukisanku.. aku ingin watak itu kelihatan cantik.. tidak kaku...seperti sekarang...Ya Allah, Tiada satu perkarapun yang mudah dalam kehidupan ini melalinkan apa yang telah Engkau permudahkan. Mudahkanlah perancangan hidupku dengan Engkau hidupkan watak pembantu untukku..
Ya Malik.. aku tak mampu mengadu pada sesiapa... aku hanya mampu mengadu padaMu, Engkau lebih mengerti apa yang Aku perlukan.. Tolonglah aku, lepaskan aku dari tanggungjawab yang sebenarnya bukan menjadi tanggungjawab aku.
No comments:
Post a Comment